Selasa, 16 Ogos 2011

Ayat-ayat cinta yang tak boleh tahan


Ayat-ayat cinta yang tak boleh tahan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
   Jarang sekali tulis mengenai cinta.. Almaklumlah si Zool memang lemah dalam bab-bab percintaan ni. Walaubagaimanapun ‘dalam hati ada taman’ juga tu. Mungkin ada antara anda yang sedang dan pernah bercinta. Dalam situasi percintaan pastinya ada pelbagai ragam dan kata-kata. Kadangkala perkataan yang dituturkan oleh pasangan bercinta ni tidak logik diakal.Antaranya ialah :-
1. ‘ Tiada siapa yang dapat memisahkan cinta kita ‘ – Wah.. Cam tuk nujum plak diorang ni kan. Boleh tahu bahawa tiada halangan untuk terus bersama. Tapi kebiasaannya yang berlaku tak sampai 2-3 tahun kahwin , habis.. Jadi janganlah takbur sangat , sebab masa depan bukan kita nak tentukan. Mungkin kita mampu merancang tapi Tuhan jua yang menentukan..
2. ‘ Akan kubina mahligai indah untukmu ‘ – Ayat ni pun tak boleh blah gak.. Kalau diri tu jutawan cam Mark Zuckenberg takpe gak. Ini masih bersekolah lagi. Seluar dalam pun mak bapak belikan. Ada hati nak buat mahligai konon. Dah besar nanti, rumah kos rendah pun belum tentu mampu terbeli. Janganlah berkata sesuatu yang tak logik dik oit…
3. ‘ Kita akan bersama hingga ke syurga’ – Ni pun kelakar juga sebab yang menuturkan kata-kata tu sembahyang pun jarang-jarang. Dah tu time ber’couple’ tangan merayap sana sini.. Camne nak masuk syurga tu, tapi mungkin lah kot kalau sempat bertaubat tapi kalau mati masa tengah lari ditangkap khalwat camne plak ye?? Wallahualam.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.
4. ‘ Keranamu lautan api sanggup ku renangi ‘ – Pergh cukup hebat penangan cinta. Sanggup berkorban nyawa pada cinta tu.. Tapi bila kena tahan polis/ penguatkuasa lain pula ceritanya.. Kononnya tak kenal dengan pasangan tersebut.. Baru kenallah, jumpa tepi jalan.. Macam-macam alasan diberi. Tu belum lagi pasangan kena musibah dengan penyakit.. Memang kena tinggalla gamaknya..
   Okay cukuplah untuk entri kali ini.Kalau diperhatikan ayat tersebut memang manis sekali tapi kebiasannya hanya sekadar hiasan. Jarang sekali yang mampu melaksanakan.
Mungkin ada banyak lagi lain-lain ayat-ayat cinta yang agak kelakar. Kalau anda mempunyai idea, silalah kongsikan bersama..

masalah nak beli baju raya: Raya Tahun ni aq rasa masalah sikit cube korg piki...

masalah nak beli baju raya: Raya Tahun ni aq rasa masalah sikit cube korg piki...: "Raya Tahun ni aq rasa masalah sikit cube korg pikir kn mane aq nk pilih mak aq ke awek aq...Aq rase pening sgt ni lau aq pilih mak aq awek a..."
Raya Tahun ni aq rasa masalah sikit cube korg pikir kn mane aq nk pilih mak aq ke awek aq...Aq rase pening sgt ni lau aq pilih mak aq awek aq selalu aq ni anak mak lau aq pilih awek aq aq kesian kat mak aq...itu saje mak aq ade dlm dunia ini....ape yang aq perlu wat raya tahun ni....bagi diorg ceria....ade ke aq perlu minta maf kat awek aq kerana aq xdapat nak ikut kehendak die...itu ke yang perlu aq wat...untuk meyelasaikan masalah aq ....kerana baju raya aq dengan mak ley bergaduh lak tak best la...kan...huhuhuhuhuu......help.....